Monday, July 23, 2012

Panda Cloud Antivirus 2.0 ringan dan pantas


Panda Cloud Antivirus 2.0 yg baru dikeluarkan dgn user interface yg telah dikemaskini,langsung tak beri kesan kpd prestasinya, sebaliknya, ia memberikan feel yg lebih kpd semua komponen app itu.

Main window yg sgt ringkas

Ia masih boleh didapati dalam edisi percuma dan PRO (dengan $ 29,95 / 29,99 €) yang menggabungkan beberapa perlindungan tambahan, seperti firewall, sistem perlindungan pencerobohan dan vaksin USB.

Pemasangan app ini bukanlah rumit, tapi korang kena beri perhatian kalau tak nak komponen tambahan pada sistem, seperti Toolbar Panda (berguna URL penapisan), atau mempunyai Google sebagai default search. Installation app ini mmg mudah (kelajuan berganrung pd speed internet korang).

Main window app ini kini lebih mudah berbanding sebelum ini dgn section yg lebih baik seperti antivirus,proses, vaksin dan firewall yang baru diperkenalkan berasaskan komuniti (dua2 untuk PRO je).

Berdasarkan maklumat cloud, penilaian tahap ancaman dilebal dlm 5 bar. Korang boleh menyemak URL yang disediakan untuk pastikan action itu sah atau tidak.
Scanning app ini mng pantas dan dilakukan dlm persekitaran threat-free. Berbanding dgn sebelum ini, pengesanan malware juga dilakukan dgn pantas.

Option antivirus

Setting app ini taklah susah cuma korang kena pilih apa yg korang nk gunakan  masa scanning. Korang boleh pilih detection of potentially unwanted programs (PUPs), background scanning after cache synchronization, dan mcm2 lagi.
Setting antivirus yg boleh dipilih

Option connection (button biru kt bwh skali main window)

Window processes


*Pro
Ciri-ciri yg telah ditingkatkan, kini termasuk firewall dan perlindungan pencerobohan untuk Pro, analisis tingkah laku yg semakin cepat.

*Con
Installation yg mungkin ambil masa jika speed internet slow, firewall dan vaksin USB untuk PRO je.

Monday, July 9, 2012

Pilot

Free atau percuma adalah satu perkataan yang paling digemari oleh semua. Sama ade tua atau muda.Kalau boleh semuanya nak freeTapi nak masuk tandas (awam) pun kene bayar. Ada juga yang free tapi kebanyakkannya kena bayar. Kalau dulu 20 sen, sekarang ni dah naik 30 sen, ada yang sampai RM10, hari tu admin sendiri kena...kat KLCC.


Jadi blog ni akan riviu sedikit sebanyak pasal freeware yang boleh kita jadikan alternatif. Memang kita boleh guna software cetak rompak, tapi kita kena sentiasa ingat yang hampir semua software cetak rompak tidak ada support dan update. Ni boleh meletakkan kita dalam merbahaya, lagi-lagi kalau kita 24 jam online


Admin akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan download link untuk memudahkan semua. 


NOTA:
* semua download link yang disediakan adalah dari sumber yang boleh dipercayai sahaja.
* kalau ada pendapat atau cadangan jangan segan-segan nak komen.